Majalah yang diterbitkan bertarikh 30 Mei lalu di negara berkenaan dikatakan kini turut tersebar meluas di Malaysia sehingga menimbulkan tanda tanya masyarakat berikutan ia turut memasuki pasaran tempatan. Gambar yang disertai artikel berhubung model terkemuka itu mula menjadi buah mulut sehingga menyebabkan orang ramai memburunya untuk melihat tubuh artis itu dari dekat. Bagaimanapun difahamkan gambar ‘panas’ Amber itu sebaliknya digunakan bagi tujuan promosi selepas artis terbabit dipilih sebagai model bagi sebuah pusat beli-belah terkemuka di negara berkenaan.
Berdasarkan artikel dalam majalah berkenaan, Amber menyatakan keinginannya melebarkan sayap kariernya ke negara berkenaan. Malah gambar itu kini dijadikan hiasan pada papan tanda iklan di negara terbabit untuk tujuan mempromosikan jualan dan imej pusat beli-belah berkenaan. Melalui artikel disiarkan, Amber menyatakan aksi panas itu tidak mungkin boleh diterbitkan di Malaysia berikutan negara kelahirannya mempunyai peruntukan undang-undang yang ketat. Berdasarkan gambar disiarkan, Amber hanya memakai seluar dalam hitam dan jeans biru tanpa coli.
Malah gambarnya itu turut digunakan pada kulit muka hadapan majalah berkenaan yang diterbitkan setiap minggu. Model Malaysia terbabit sebelum ini pernah muncul dalam edisi sulung majalah Playboy versi Indonesia pada 7 April 2006 yang menimbulkan bantahan penduduk negara itu sebelum ia mula dipasarkan kepada umum. Amber ketika itu muncul dalam ruangan ‘Celebrity’ sebanyak lapan muka. Gambar pertama memaparkan dia dengan skirt mini, baju dalam berenda oren dan baju putih. Gambar seterusnya menunjukkan dia memakai jeans denim low-cut dan baju dalam hitam bermanik.
Duta Guess yang juga Model Terbaik Wanita Malaysia itu kelihatan seksi dan mengghairahkan berbeza dengan pertama kali kemunculannya di khalayak. Dengan tajuk Hardworker Amber, majalah itu menyifatkan wanita itu sebagai segar, cantik dan seksi. Amber yang pernah menjadi duta produk Guess Watches, Stila, Whisper (P&G) dan L’Orea pernah mengeluarkan kenyataan awal tahun ini kepada media, dia sudah mengikat kontrak dua tahun sebagai model di Taiwan.
-----------------------------------
Malaysia’s top international model, Amber Chia is no doubt a really hot babe! She was born in Ipoh and raised in a small town in Tawau, Sabah. She first grabbed the model industry’s attention after a local fashion brand shot in Bangkok. From there on, the 24-year-old featured in numerous magazine covers such as Her World, VMAG and FHM, as well as commercials like Sony, Celcom and Diamond & Platinum.
Not too long ago, Amber Chia was even featured in the “Celebrity” column of the first issue of Indonesia’s Playboy magazine. Although banned in Malaysia, it still became a big news in Malaysia.
Here are some rare photos of Amber Chia from the magazine.