Fesyen Baju Raya Terbaru

Advertisement

INDUSTRI fesyen tempatan bergantung kepada kredibiliti golongan pereka untuk menghasilkan rekaan inovatif dan versatil.

Begitu juga ciri-ciri rekaan yang menepati selera wanita urban Asia sama ada dari segi pemilihan fabrik, warna mahupun trend yang menarik dan sesuai serta tidak lapuk dek musim Fesyen Baju Raya.

Justeru, Le Ann Maxima membuka ruang kepada pereka fesyen muda memperkenalkan koleksi menarik tetapi praktikal seperti gaun, skirt, seluar pendek, blaus dan aksesori yang boleh digayakan setiap hari dengan unsur trend terkini Fesyen Baju Raya.

Ia dibahagikan kepada empat koleksi utama iaitu office wear (fesyen pejabat),ladies wear (pakaian wanita), evening wear (gaun malam) dan casual basics(kasual) yang menyerlahkan keyakinan dan daya tarikan wanita moden masa kini.

Menariknya, kesemua koleksi diperbuat daripada fabrik berkualiti tinggi termasuk bahan semula jadi sehingga ke fabrik ciptaan teknologi terkini untuk menghasilkan rekaan yang baru dan segar dalam industri fesyen Asia.

Kualiti, keselesaan dan keindahan produk jelas ketara pada koleksi musim Bunga/Panas 2009,Easy Breezy dan Tribal Ethnic yang ditampilkan pada pertunjukan fesyen sempena pembukaan rasmi butik Le Ann Maxima, baru-baru ini.

Kedua-dua tema koleksi tersebut mempersembahkan gabungan corak, warna dan tekstur yang sesuai dengan gaya wanita Asia yang terpaksa berfungsi dalam cuaca panas sepanjang tahun.

Easy Breezy terdiri daripada himpunan koleksi dres tiub, skirt, blaus, tunik dan bikini berpotongan bebas dihiasi corak lembut untuk memberikan gaya ringkas ceria pada musim ini.

Sesuai untuk ke pantai mahupun bersiar-siar di pusat bandar bersama rakan, koleksi musim bunga ini juga pelbagai fungsi dan boleh dipakai sehingga ke malam Fesyen Baju Raya.

Warna dan motif Easy Breezy juga kelihatan unik dan berinovatif dengan himpunan koleksi lycra dihiasi corak lukisan air mahupun perincian les pada koleksi potongan bebas putih bersih.

Ia turut didatangkan dalam corak flora grafik berwarna biru terang untuk wanita yang sukakan keceriaan.

Sementara Tribal Ethnic pula menjurus kepada gaya kontemporari urban dengan corak etnik dan potongan kemas, di samping gabungan warna mewah seperti emas, merah, kuning dan hitam Fesyen Baju Raya.

Antaranya, gaun lengan panjang dipenuhi corak berwarna-warni, gaun tiub panjang, gaun toga dan dres musim panas labuh.

Le Ann Maxima tampil sebagai butik fesyen jalanan sederhana mewah dengan sentuhan keanggunan milik E-Maxim Fashion (M) Sdn. Bhd. (E-Maxim) yang mempunyai pengalaman lebih tujuh tahun dalam rekaan, pembuatan dan eksport fesyen ke Eropah, Amerika Syarikat (AS), Asia Barat dan Asia Fesyen Baju Raya.

Hari ini, E-Maxim turut menempa kejayaan atas usaha mentransformasi fesyen adi busana kepada koleksi anggun untuk pasaran komersial tempatan, sesuai untuk semua wanita Fesyen Baju Raya.

E-Maxim juga membantu mengetengahkan bakat pereka fesyen muda tempatan yang kreatif dan mengekalkan ciri-ciri klasik, anggun dan ranggi menerusi francais perniagaannya di seluruh negara Fesyen Baju Raya.

Pengurus Besarnya, Ivan Poon berkata, permintaan terhadap pakaian berkualiti yang semakin meningkat memberi peluang kepada pihaknya untuk melahirkan koleksi baru dalam pelbagai gaya dan warna mengikut kehendak pasaran.

"Menerusi Le Ann Maxima, kami berpeluang memenuhi keperluan tersebut dan sentiasa mempertingkatkan rekaan produk terbaru.

"Sumbangan pereka muda juga amat dialu-alukan untuk bekerjasama dengan Le Ann Maxima untuk merealisasikan rekaan mereka menjadi koleksi fesyen sebenar," katanya ketika merasmikan pembukaan butik Le Ann Maxima di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.