Fesyen Moden Terkini - MaxMara

Advertisement
JENAMA mewah Itali, MaxMara sering dikaitkan dengan kehidupan popular.

Bertapak lebih 55 tahun dalam dunia fesyen, MaxMara turut menterjemah kehidupan glamor legenda terkenal, Grace Kelly

yang dijadikan sebagai ikon utama kepada himpunan berkenaan.

Jenama yang diasas oleh pereka, Achille Maramotti, kebanyakannya memenuhi cita rasa wanita moden yang inginkan kemewahan dalam berfesyen.

Tidak keterlaluan dikatakan koleksi MaxMara menampilkan sesuatu yang mahal dan eksklusif.

Bagi wanita yang ingin tampil elegan dan mempesona, himpunan musim bunga kali ini antara pilihan yang tepat.

Pada musim ini, jenama antarabangsa ini menampilkan empat tema iaitu, To Catch A Thief, Riviera, Jet Set dan Grand Hotel.

To Catch A Thief menampilkan rekaan pakaian moden yang elegan dengan menyuai padan fesyen baju dan jaket sukan.

Himpunan yang terhasil daripada filem To Catch A Thief lakonan Kelly dan Cary Grant itu memaparkan fesyen mewah yang sering digayakan wanita ketika melancong ke luar negara.

Tidak ketinggalan himpunan pakaian kali ini sesuai untuk bersantai bersama teman di hotel serta restoran mewah.

Seperti koleksi MaxMara yang lain, ia masih kekal dengan ketelitian jahitan serta penggunaan fabrik mewah seperti sutera, kapas dan bercorak yang digunakan.

Kebanyakan koleksi kasual Maxmara mengetengahkan warna ceria seperti hijau, coklat, biru dan kuning.

Justeru, menggayakan koleksi ini ketika beristirehat atau bersantai amat tepat untuk gaya yang lebih ceria.

Di samping itu, tema Jet Set lebih menumpukan warna yang lebih garang dan cerah.

Kebiasaannya, fesyen ini lebih digemari wanita moden yang inginkan gaya yang lebih eksklusif.

Mana tidaknya, penampilan lebih menyerlah jika menggayakan himpunan ini di majlis keramaian yang dihadiri jemputan yang rata-ratanya memilih tema pakaian glamor.

Koleksi ini menampilkan rona cerah seperti kuning terang dan oren.

Tidak ketinggalan, MaxMara turut menampilkan koleksi untuk wanita yang lincah.

Himpunan Riviera sesuai untuk mereka yang inginkan penampilan lebih bergaya atau chic.

Tema ini serasi untuk wanita yang aktif dan bekerja tetapi masih menampakkan gaya yang anggun.

Pakaian ini boleh digayakan ke pejabat, mesyuarat atau berjumpa klien di luar pejabat.

Tampil dengan kepelbagaian warna, Riviera sesuai dipakai dalam apa jua majlis.

Koleksi Grand Hotel pula sesuai untuk wanita yang inginkan cita rasa mewah dan eksklusif.

Penonjolan gaya feminin dan romantik sesuai untuk wanita moden pada hari ini. tampil dengan warna sederhana seperti putih, merah samar, ungu, hitam dan kelabu, ia boleh digaya untuk menghadiri majlis makan malam.

Sementara itu, jenama yang ditubuhkan pada tahun 1951 telah melebarkan sayapnya di negara ini menerusi pembukaan butik di pusat beli-belah Pavilion, Kuala Lumpur dan merupakan butik MaxMara terbesar di rantau Asia Tenggara.

Pakai Coli / Bra Yang Sesuai

Advertisement


Lebih daripada 80 peratus wanita di negara-negara 
Asia memakai coli yang tidak mengikut saiz buah dada. Ini kerana kurangnya pendedahan terhadap penjagaan buah dada. Adalah satu kelazima
n, wanita memakai coli yang mempunyai mangkuk yang terlalu kecil atau terlalu longgar di bahagian tubuh.

Mempunyai buah dada yang cantik merupakan aset wanita. Namun semakin usia meningkat, kelahiran anak, perubahan bentuk tubuh, dan pengabaian penjagaan buah dada, maka menyebabkan buah dada jatuh atau menggelebeh.

Cara mudah untuk mengatasinya ialah memakai coli yang betul mengikut saiz buah dada kerana ia memberi sokongan luar di samping membantu kedudukan tubuh berada dalam keadaan optimum serta mewujudkan penampilan yang sihat, muda dan langsing.

Walaupun secara fizikalnya, buah dada mendapat sokongan anatomi daripada ligamen Cooper yang berfungsi menyambung tisu-tisu yang terdapat di dalam buah dada. Namun, sokongan itu tidak mencukupi untuk menampung buah dada terutamanya di kalangan wanita berusia, telah melahirkan anak atau sememangnya mempunyai buah dada besar.

Ekoran daripada kurangnya pendedahan mengenai coli dan saiz buah dada, maka pengeluar pakaian dalam wanita, Neubodi terpanggil mengadakan sesi rundingan pemakaian coli bagi setiap pelanggan yang ingin membeli produk mereka.

Pemiliknya, Anne Tan berkata, melalui analisis dan diagnosis yang dilakukan ke atas pelanggan, perunding Neubodi akan mencadangkan kepada mereka rekaan dan saiz coli yang sesuai bagi membaiki kedudukan tubuh dan memberi keselesaan.

Menurutnya, coli jenama Neubodi agak berbeza dari segi bentuk, mangkuk dan rekaan. Kebanyakannya dari jenis mangkuk penuh yang memberi sokongan di bahagian dalam mangkuk serta tulang di tepi bagi memperkemaskan pemakaiannya.

Selain itu, coli Neubodi memberi bentuk buah dada yang cantik dan kesan yang berpanjangan. Rekaan paten dan potongan yang unik membaiki bentuk dan kedudukan badan serta sokongan fleksibel pada buah dada.

"Di Neubodi, kami menawarkan coli-coli bersaiz besar yang sukar diperoleh di negara ini. Saiz mangkuk dari kategori A hingga I ditawarkan pada harga berpatutan.

"Materialnya daripada kain spandeks yang berelastik tinggi dan memberi sokongan yang kuat pada buah dada serta penggunaan kain renda yang bermutu tinggi dari Korea, Taiwan dan Perancis,'' katanya ketika ditemui di premis Neubodi di Petaling Jaya baru-baru ini.


Menurut Anne, setiap pelanggan yang membeli coli di Neubodi akan diajar bagaimana memakai coli yang betul. Terdapat langkah-langkah yang harus diikuti supaya lemak-lemak yang terdapat pada bahagian dada dapat disembunyikan dan sekali gus menampakkan bentuk buah dada yang cantik dan terletak.

"Selepas memakai coli, bongkokkan badan sedikit, tolak ketulan lemak yang ada di tulang selangka dan bahagian atas perut masuk ke mangkuk coli supaya lemak itu boleh berkumpul di bahagian hadapan.

"Bahagian belakang dan perut akan nampak lurus dan kelihatan kedudukan tubuh akan tegak tanpa ada ketulan lemak,'' jelasnya yang turut mengadakan perkhidmatan menjahit dan membaiki coli.

Selain coli, Neubodi turut memperkenalkan pakaian dalam mini vest bagi golongan yang mempunyai badan yang bongkok. Dengan pemakaian pakaian ini boleh membantu menegakkan tulang belakang.

"Bagi mini vest berlengan pula sesuai bagi menghalang lemak berkumpul di bahagian lengan. Ia boleh diperoleh dalam saiz S hingga XXL.

"Untuk individu yang sering mengalami sakit di bahagian belakang dan bongkok, dicadangkan untuk menggunakan vest panjang. Tetulang lembut pada bahagian pinggang vest menyokong dan memberi kedudukan tubuh yang tegak serta lurus,'' ujarnya.

Di samping itu, katanya, body suit iaitu pakaian dalam bersekali seluar dan bengkung pula menaikkan bahagian punggung yang telah jatuh, merampingkan pinggang dan mengempiskan bahagian perut.

"Ia tidak panas kerana materialnya lembut, ringan, membenarkan pengaliran udara serta memberi sokongan yang kuat kepada pembentukan tubuh yang langsing.

"Pelanggan yang memakai produk Neubodi akan menyaksikan satu tranformasi yang segera ke atas tubuh mereka iaitu buah dada disokong penuh, garis tubuh tegak dan cantik dan jisim tubuh ditolak ke hadapan.

"Bahagian belakang akan lurus, perut kempis, pinggang ramping, bahu dan belakang lurus, kurang sakit di bahagian belakang, menaikkan tulang punggung dan peha kecil,'' katanya yang mengalu-alukan pelanggan berkunjung ke outlet Neubodi di Dataran Sunway atau Tropicana City Mall (012-6954485).

Neubodi turut menyediakan rundingan selepas jualan. Selepas pelanggan membeli, perunding akan mengingatkan supaya datang dua atau tiga minggu untuk pemeriksaan pertama. Ini bagi menyelaraskan kembali tali dan jaluran bawah selepas suatu jangka waktu pemakaian.

Sekiranya semuanya dalam kedudukan yang betul, pemeriksaan kedua akan dilakukan dalam masa sebulan atau dua bulan bagi memeriksa dan menilai keberkesanan coli dan perubahan pada bentuk tubuh pelanggan.

Pelanggan juga dicadangkan untuk datang ke pemeriksaan ketiga pada dua hingga tiga bulan kemudian bagi penilaian dan jika terdapat keperluan untuk menukar coli atau saiz mangkuk.


Fesyen Busana Muslimah Terkini

Advertisement

Tampil dalam busana Muslimah yang menampilkan personaliti anggun yang sopan menyemarakkan lagi dunia fesyen. Jika dahulu fesyen ini agar sukardisesuaikan dengan aktiviti atau majlis tetapi sejak akhir-akhir ini, ia semakin diminati ramai. Apatah lagi, ia dimodenkan menjadi satu fesyen yang tidak ketinggalan zaman kerana pereka lebih mahir bermain dengan fabrik untuk mencipta busana Muslim.

Walaupun tampil sopan, wanita masih kelihatan menawan menggayakan busana ini. Justeru, tidak salah jika kita mencuba kelainan berfesyen dengan menyuntik elemen baru iaitu gaya tudung dan pakaian yang menutup aurat. Namun, timbul persoalan sama ada ia satu tuntutan atau sekadar fesyen? Maka, ia memerlukan panduan agar wanita tidak lari daripada tuntutan Islam dalam memilih busana.

Bagi Pengarah syarikat Linda Muslimah Consultant Services Sdn. Bhd yang juga perunding imej Muslimah, Norlinda Sulaiman, ramai yang takut untuk bertudung kerana mungkin tidak cantik tapi bagi sendiri

“Namun, bagi saya, ini merupakan permulaan bagi seseorang itu bertudung. Busana Muslimah juga perlu labuh melebihi paras punggung dan longgar. Paling utama, wanita perlu diberi panduan agar gaya mereka lebih moden tetapi masih bercirikan Muslimah,” katanya yang banyak terlibat sebagai perunding imej Muslimah Media Prima termasuk personaliti TV3, Azizah Ariffin.

Dalam sesi fotografi baru-baru ini, Norlinda memperagakan empat busana Muslimah yang berlainan mengikut konsep dan tema.

Misalnya, busana yang diperbuat daripada denim atau jeans mungkin agak kasar bagi wanita muslim. Namun, jika kena dengan gaya, ia nampak feminin terutama apabila kita menyesuaikan dengan tudung yang ringkas. Gaya ini juga sesuai untuk melawat rakan-rakan dan minum petang.

Selain itu, memakai kemeja-T Muslimah yang labuh melepasi paras punggung agak sesuai untuk mereka yang ingin gaya kasual. Malah, pakaian ini sesuai untuk bersukan dan melakukan aktiviti lasak. Namun, konsep ini tidak perlu menggunakan kerongsang atau tudung yang kelihatan padat atau berat.

Tidak ketinggalan, ramai yang beranggapan jubah pakaian yang hanya digayakan ke masjid atau umrah tetapi jika kita pandai menyesuaikan gayanya, ia nampak eksklusif. Ia boleh dipakai untuk pergi membeli-belah dan si pemakai kelihatan lebih elegan. Busana Muslimah juga melibatkan gaya korporat yang sesuai ke pejabat. Penampilan lebih nampak kemas. Jika lelaki sering memadankan kot untuk ke pejabat, wanita juga boleh memilih potongan ini agar nampak seperti pekerja berwibawa dan profesional.

Bagi Norlinda, panduan serta nasihat yang diberikan kepada kaum wanita untuk memenuhi gaya berfesyen tetapi tidak lari daripada tuntutan Allah. Selepas tiga tahun menggerakkan syarikatnya, Norlinda banyak memenuhi bengkel Muslimah termasuk anjuran badan kerajaan.

“Walaupun baru berusia tiga tahun, khidmat nasihat yang kami tawarkan banyak mendapat sambutan khususnya untuk fesyen Muslimah.

“Fesyen Muslimah semakin berkembang dan bersaing dengan fesyen lain. Konsep ini nampak cantik tetapi perlu kena dengan gaya Muslim,” katanya.