Tampil dalam busana Muslimah yang menampilkan personaliti anggun yang sopan menyemarakkan lagi dunia fesyen. Jika dahulu fesyen ini agar sukardisesuaikan dengan aktiviti atau majlis tetapi sejak akhir-akhir ini, ia semakin diminati ramai. Apatah lagi, ia dimodenkan menjadi satu fesyen yang tidak ketinggalan zaman kerana pereka lebih mahir bermain dengan fabrik untuk mencipta busana Muslim.
Walaupun tampil sopan, wanita masih kelihatan menawan menggayakan busana ini. Justeru, tidak salah jika kita mencuba kelainan berfesyen dengan menyuntik elemen baru iaitu gaya tudung dan pakaian yang menutup aurat. Namun, timbul persoalan sama ada ia satu tuntutan atau sekadar fesyen? Maka, ia memerlukan panduan agar wanita tidak lari daripada tuntutan Islam dalam memilih busana.
Bagi Pengarah syarikat Linda Muslimah Consultant Services Sdn. Bhd yang juga perunding imej Muslimah, Norlinda Sulaiman, ramai yang takut untuk bertudung kerana mungkin tidak cantik tapi bagi sendiri
“Namun, bagi saya, ini merupakan permulaan bagi seseorang itu bertudung. Busana Muslimah juga perlu labuh melebihi paras punggung dan longgar. Paling utama, wanita perlu diberi panduan agar gaya mereka lebih moden tetapi masih bercirikan Muslimah,” katanya yang banyak terlibat sebagai perunding imej Muslimah Media Prima termasuk personaliti TV3, Azizah Ariffin.
Dalam sesi fotografi baru-baru ini, Norlinda memperagakan empat busana Muslimah yang berlainan mengikut konsep dan tema.
Misalnya, busana yang diperbuat daripada denim atau jeans mungkin agak kasar bagi wanita muslim. Namun, jika kena dengan gaya, ia nampak feminin terutama apabila kita menyesuaikan dengan tudung yang ringkas. Gaya ini juga sesuai untuk melawat rakan-rakan dan minum petang.
Selain itu, memakai kemeja-T Muslimah yang labuh melepasi paras punggung agak sesuai untuk mereka yang ingin gaya kasual. Malah, pakaian ini sesuai untuk bersukan dan melakukan aktiviti lasak. Namun, konsep ini tidak perlu menggunakan kerongsang atau tudung yang kelihatan padat atau berat.
Tidak ketinggalan, ramai yang beranggapan jubah pakaian yang hanya digayakan ke masjid atau umrah tetapi jika kita pandai menyesuaikan gayanya, ia nampak eksklusif. Ia boleh dipakai untuk pergi membeli-belah dan si pemakai kelihatan lebih elegan. Busana Muslimah juga melibatkan gaya korporat yang sesuai ke pejabat. Penampilan lebih nampak kemas. Jika lelaki sering memadankan kot untuk ke pejabat, wanita juga boleh memilih potongan ini agar nampak seperti pekerja berwibawa dan profesional.
Bagi Norlinda, panduan serta nasihat yang diberikan kepada kaum wanita untuk memenuhi gaya berfesyen tetapi tidak lari daripada tuntutan Allah. Selepas tiga tahun menggerakkan syarikatnya, Norlinda banyak memenuhi bengkel Muslimah termasuk anjuran badan kerajaan.
“Walaupun baru berusia tiga tahun, khidmat nasihat yang kami tawarkan banyak mendapat sambutan khususnya untuk fesyen Muslimah.
“Fesyen Muslimah semakin berkembang dan bersaing dengan fesyen lain. Konsep ini nampak cantik tetapi perlu kena dengan gaya Muslim,” katanya.